Pemakaian Samping Baju Melayu
•Posted on June 23 2020

Samping dikatakan sebagai pelengkap bagi pemakaian baju Melayu, jadi baju budaya ini perlulah diiringi bersama dengan pelbagai jenis samping.
Setiap cara pemakaian samping mempunyai makna yang tersirat pada si pemakai seperti boleh menunjukkan status si pemakai tersebut.
Mengikut tradisi, samping yang dipakai sehingga ke bawah paras lutut menandakan si jejaka tersebut sudah berstatus berkahwin dan mempunyai isteri.
Manakala samping yang dipakai di atas paras lutut pula menandakan si jejaka tersebut berstatus bujang dan tidak mempunyai pasangan hidup lagi.
Masih ada juga para jejaka yang sudah bergelar suami masih memakai samping di atas paras lutut. Ini untuk menandakan bahawa dia masih memasang niat untuk menambah isteri.
Tambahan info, kaum kerabat mengikat samping di sebelah kanan manakala golongan bangsawan di sebelah kiri dan orang kebanyakan di tengah.
More Posts
-
10 Gambar Songket P...
Sedang mencari songket pengantin untuk dipakai semasa majlis pernikahan anda? Terdapat pelbagai corak dan warna samping songket yang dapat disesua...
Read More -
SOP Majlis Akad Nik...
Bagi mereka yang ingin melaksanakan majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, terdapat garis panduan yan...
Read More -
Cara Pakai Sampin Y...
Terdapat cara pakai sampin yang anda boleh ikuti. Tapi sebelum itu, ketahui terlebih dahulu tentang asal usul sampin, maksud sampin dan cara memaka...
Read More
Comments
0 Comments