[TERBARU] 8 Koleksi Sampin Songket Berkualiti Untuk Hari Raya

Posted on April 17 2021

Sedang mencari sampin songket untuk Hari Raya?


Bersempena dengan bulan Syawal yang bakal tiba, pengeluar samping songket tenun berkualiti Songket Dunia tampil dengan 10 koleksi songket untuk digayakan dengan baju Melayu.


Mari kita lihat koleksi terbaru yang pasti menambat minat anda.


Samping Bajet Series


Bagi anda yang sedang mencari sampin songket pada harga mesra beg duit, Samping Bajet Series adalah pilihan terbaik.

Ia merupakan di antara koleksi sampin moden yang diminati oleh ramai pengguna Songket Dunia yang ingin tampil tampan dan bergaya pada hari raya. 

Kainnya diperbuat daripada material songket berkualiti dan 100% tenunan tangan. Ukuran lebar sampin adalah 2.25 meter dan labuh adalah 36 inci. Kainnya kemas dan terdapat dalam semua saiz.

Untuk koleksi ini, anda boleh memilih beberapa pilihan warna dengan corak kerawang tenunan songket berbeza seperti:

Hitam Gold

Off White Gold

Hitam Silver

Putih Silver

Warna-warna songket sesuai dipadankan dengan baju Melayu.


Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Samping Bajet Series



Sampin Nikah


Nak bernikah semasa Hari Raya ni? Anda mungkin memerlukan sampin nikah ini untuk majlis pernikahan anda nanti.

Ya lah kan. Kebanyakan orang akan melangsungkan perkahwinan di dalam bulan Syawal dan ianya memang dituntut di dalam Islam.

Terdapat hampir 60 koleksi sampin nikah yang cantik-cantik di Songket Dunia. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati anda untuk dipadankan dengan baju nikah.


Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Samping Nikah



Samping Dato’ Series

 

Samping Dato’ Series mengetengahkan motif corak bunga pada rekaan kain songket. Sudah pasti koleksi ini dapat membuatkan pemakainya kelihatan segak dan tampan :)

Kainnya lembut, material songket berkualiti dan 100% tenunan tangan. Ukuran lebar sampin adalah 2.25 meter dan labuh adalah 36 inci. Kainnya kemas dan terdapat dalam semua saiz.

Terdapat beberapa pilihan warna dan corak samping songket seperti:

Krim Gold

Krim Silver

Hitam Silver

Putih Silver

Hitam Gold

Off White Gold



Samping Plus Size Series

 

Sedang mencari samping songket yang lebih lebar? Dapatkan Samping Plus Size daripada Songket Dunia.

Terdapat sampin daripada koleksi-koleksi lain seperti Samping Dato’ yang mempunyai kelebaran berbeza berbanding koleksi asal.

Bagi anda yang ingin memakai sampin songket ini, ukuran lebarnya adalah 2.50 meter dan labuh adalah 36 inci. 


Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Samping Plus Size


Samping Signature


Samping Signature adalah di antara koleksi sampin dengan songket pattern yang menarik, dengan jaluran motif flora serta kerawang di hujung sampin.

Jahitan songket yang kemas dan berseni pasti memikat jejaka di luar sana. Malah, si isteri pun juga boleh membelinya untuk abang tersayang 😊 .

Ukuran lebar sampin adalah 2.25 meter dan labuh adalah 36 inci. Sampin anda akan diposkan di dalam kotak eksklusif yang cantik serta disertakan butang baju Melayu serta kad terima kasih.


Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Samping Signature



Samping Eksklusif



Sesuai dengan namanya, Samping Eksklusif menampilkan rekaan sampin songket yang cantik dan berkualiti. Tenunan songket tampak kemas dan penuh teliti, menjadikannya ia sampin pilihan untuk dipakai untuk ke majlis-majlis rasmi.

Ukuran lebar samping adalah 2.25 meter dan labuh adalah 36 inci. Sampin anda akan diposkan di dalam kotak eksklusif yang cantik serta disertakan butang baju Melayu serta kad terima kasih.


Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Samping Eksklusif



Samping Premium


Sekiranya anda sedang mencari sampin songket dengan kemasan corak songket yang berkualiti tinggi, Samping Premium adalah pilihan terbaik untuk anda.

Ia menampilkan rekaan motif songket tertimbul yang menampakkan ketinggian seni rekaannya. Fabriknya yang lembut membuatkan anda mudah mengikat sampin dan selesa memakainya.

Ukuran lebar sampin adalah 2.25 meter dan labuh adalah 36 inci dan sesuai dipadankan dengan baju Melayu pelbagai saiz.


Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Samping Premium



Samping Royal HD


 

Samping Royal HD adalah koleksi paling premium daripada Songket Dunia. Namun, harganya masih lagi berpatutan berbanding samping songket yang setara dengannya di pasaran.

Pemakai sampin songket Royal HD akan kelihatan segak dan bergaya mengenakannya semasa menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak saudara. Kualiti tertinggi corak songketnya membuatkan ramai orang akan terpesona dan memuji anda.

Fabriknya yang lembut membuatkan anda mudah mengikat sampin dan selesa memakainya seharian.

Ukuran lebar sampin adalah 2.25 meter dan labuh adalah 36 inci dan sesuai dipadankan dengan baju Melayu pelbagai saiz.


Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Samping Royal HD