Baju Pengantin: 5 Tips Penting Pemilihan Busana Raja dan Ratu Sehari

Posted on May 22 2021

Pemilihan baju pengantin adalah salah satu perkara penting yang perlu diambil kira oleh bakal pengantin.


Urusan menempah baju, sama ada baju nikah atau sanding misalnya perlu dilakukan dalam suatu tempoh tertentu agar boleh disiapkan mengikut masa dan memudahkan bakal pengantin untuk fitting.


Untuk anda yang sedang merancang majlis perkahwinan, kami kongsikan beberapa tips penting sebelum menempah baju pengantin lelaki dan wanita.


Boleh dikatakan majlis perkahwinan pada hari ini berlangsung tanpa mengira musim. Setiap hujung minggu pasti ada pasangan yang menamatkan zaman bujang mereka.

 

Namun begitu, berikutan ancaman wabak coronavirus, pelaksanaan majlis nikah secara besar-besaran tidak dibenarkan pada waktu ini.

Bagi bakal pengantin, selain berasa seronok hendak disatukan bersama insan tersayang, proses persiapan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan pasti memeningkan.


Selain urusan mencari barang hantaran, catering, dewan, goodies dan jemputan, urusan menempah baju juga amat penting.


Pengantin perempuan biasanya paling risau tentang baju kahwin mereka. 


Kalau boleh nak baju potongan yang nampak mereka kurus, nak warna yang buatkan mereka nampak cerah dan berseri dan pemilihan gaya yang bersesuaian.

Ramai pengantin kini memilih untuk tempah sendiri berbanding mengambil pakej sewa. Ada juga yang mengambil pakej eksklusif, iaitu baju baru dibuat berdasarkan rekaan dan ukuran badan sendiri.


Jom baca lima (5) tips penting sebelum menempah baju pengantin.


Tips Pemilihan Baju Pengantin

 baju pengantin

 

Pertama; pilih rekaan yang klasik atau timeless. Cuba perhatikan gaya baju pengantin dulu-dulu, ramai yang memilih rekaan seperti baju kurung atau kebaya dan kita masih melihatnya relevan dan cantik, kan?


Selain rekaan berkaitan, ramai pengantin wanita hari ini memilih fesyen baju kurung moden untuk menampakkan sedikit cutting badan.


Elakkan memilih rekaan funky, hipster seperti yang menjadi trend sekarang. Ada yang segan nak tengok album gambar kahwin sendiri 10, 20 tahun akan datang.


Kedua; survey harga khidmat tailor atau butik pengantin. Perlu ingat harga yang ditawarkan tidak sama kerana ia bergantung kepada fesyen, material, kemahiran dan material. 


Jika anda ada bajet lebih, boleh menggunakan khidmat tailor yang terkenal atau terus pergi ke butik baju pengantin pasang siapGoogle je pasti jumpa.


Paling penting, sentiasa berbincang dengan tailor rekaan dan warna apa yang bersesuaian dengan bentuk badan anda. 




Ketiga, kalau dah tetapkan rekaan yang diingini, anda kena fikirkan pula material yang bersesuaian. Kebanyakan pengantin memilih material satin, lace dan chiffon untuk baju nikah dan sanding.


Tanya tailor anda berapa ukuran kain yang perlu dibeli, atau minta mereka suggest kedai kain mana yang sentiasa mereka beli kain, untung-untung boleh dapat harga sedikit murah.


Ada juga tailor yang akan ajak anda untuk pilih bersama material kain baju anda. Terpulang mengikut keselesaan dan waktu anda.




Keempat; sebenarnya ramai yang confuse bila masa yang sesuai untuk menempah baju kahwin ni. Kalau ikut tailor, ramai yang mencadangkan tempoh antara tiga hingga empat bulan sebelum majlis.


Pastikan baju kahwin anda ada basi di tepinya supaya boleh dikecil atau dibesarkan. Maklumlah, ada orang makin nak dekat majlis makin stress sampai makan tak ingat dunia, satu hal pula nak besarkan baju.




Kelima; mungkin ramai yang terlupa untuk maklumkan pada tailor tinggi kasut yang akan dipakai bersama baju yang ditempah itu.


Berbanding baju nikah, baju sanding biasanya dibuat meleret-leret. Masa fitting nanti bawa kasut yang akan dipakai pada majlis itu nanti supaya senang untuk tailor ukur.



Untuk bakal pengantin, jangan lupa ikuti tips yang dikongsikan ini sebelum menempah baju. Semoga persiapan majlis kahwin anda dipermudahkan.


Baju Nikah Songket Dunia 


✅Material: Italian Duchess yang lembut dan selesa dipakai
✅Warna: White, Off White & Cream
✅Cutting: Slim Fit
✅Saiz: S, M, L, XL
✅ Tak Kedut
✅ Tak Gelebeh
✅ Cantik Terletak
✅ Ada Side Zip Pocket

Dengan setiap pembelian baju nikah Songket Dunia, anda akan mendapat:

💥FREE Premium BOX Pack

💥FREE Set Butang Baju Eksklusif

💥FREE Handkerchief

💥FREE Delivery ke seluruh Malaysia

Terdapat 3 warna yang ditawarkan; baju nikah putih (White, Off White dan Cream)

Serlahkan Keanggunan Anda Di Majlis Pernikahan