Checklist Majlis Perkahwinan (Semua Yang Anda Perlu Ada)

Posted on October 28 2020

Mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan hati merupakan impian setiap insan. Ia dimulakan dengan majlis raja sehari untuk meraikan tanda cinta dan detik bermula hidup bersama. Untuk mengadakan majlis perkahwinan yang sempurna sering merunsingkan, samada pengantin sendiri mahupun keluarga.

Saat majlis perkahwinan menghampiri, tahap stress tuan rumah juga makin meninggi.

Bukan apa, risau jika tertinggal atau terlepas sesuatu. Oleh itu, sangat penting untuk pasangan pengantin mempunyai checklist majlis perkahwinan.

Anda perlu sediakan satu checklist bagi memastikan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar, lebih-lebih lagi semasa situasi COVID-19 ini.

Checklist perkahwinan bukan sahaja penting bagi memastikan majlis lancar. Ia juga dapat membantu anda merancang majlis perkahwinan agar menepati bajet yang telah ditetapkan.

Dengan itu, anda akan sentiasa peka dengan perbelanjaan serta dapat mengelakkan boros. Apakah checklist majlis perkahwinan itu?

Tarikh perkahwinan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan selepas membuat keputusan untuk berkahwin adalah memilih tarikh perkahwinan di kedua-dua belah pihak.

Adakah majlis akad nikah akan diadakan pada hari yang sama dengan majlis perkahwinan, atau hari yang berbeza? Bagaimana pula dengan majlis belah lelaki, adakah keesokan harinya atau selang seminggu?

Banyak faktor yang anda perlu pertimbangkan dalam membuat keputusan. Sebaiknya, pilih tarikh yang sesuai dan memudahkan semua pihak.  

Lokasi majlis perkahwinan

Selepas tarikh majlis perkahwinan telah dipilih, anda perlu tentukan lokasi majlis perkahwinan.

Jika anda mahu mengadakan majlis di rumah, anda perlu hubungi pihak catering jika mereka mempunyai kekosongan pada hari tersebut untuk sewa canopy.

Jika anda berkeinginan untuk mengadakan majlis di dewan atau di lokasi lain, pastikan anda membuat tempahan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum majlis.

Dikhuatiri lokasi pilihan anda telah di book oleh orang lain.

Kursus perkahwinan

Pihak kerajaan Malaysia telah mewajibkan agar semua bakal pengantin menghadiri kursus perkahwinan.

Kursus ini kebiasaannya dijalankan selama 2 hari ketika hujung minggu. Anda boleh menghadiri kursus kahwin samada di pejabat agama kawasan anda, atau mana-mana kursus kahwin anjuran pihak swasta.

Dokumen penting

Antara dokumen penting yang diperlukan untuk berkahwin adalah sijil kursus kahwin, keputusan ujian saringan HIV serta borang permohonan berkahwin.

Anda boleh ambil borang ini di pejabat agama, isi maklumat yang diperlukan dan hantar semula ke pejabat agama untuk diproses.

Kadangkala ia mengambil masa untuk diproses, oleh itu anda perlu isi borang ini dengan segera.

Tema majlis perkahwinan

Sekarang, tiba masa untuk anda tentukan tema majlis perkahwinan anda. Adakah anda inginkan majlis tradisional, moden atau garden style?

Anda juga perlu tentukan warna tema untuk majlis. Apakah warna yang secocok bagi anda serta pasangan?

Selain itu, pilih juga warna tema bagi keluarga anda. Samada ahli keluarga anda akan memakai warna yang sama seperti pasangan raja sehari, atau warna yang sedikit berbeza, atau warna yang kontras. 

Tempahan baju pengantin dan pelamin

Setelah memilih tema dan warna, anda boleh membuat tempahan baju nikah dan pelamin.

Kebiasaannya, baju pengantin perlu sepadan dengan tema yang dipilih. Jika tema majlis anda adalah moden, gaun panjang bersama veil adalah pilihan yang tepat.

Pastikan juga pakej yang anda pilih mempunyai aksesori seperti tiara dan kasut. Pastikan juga pelamin yang ditempah memenuhi citarasa anda.

Tempahan kad kahwin

Pada zaman ini, kad kahwin tidak lah sepenting dahulu kerana terdapat pelbagai cara lain untuk menjemput tetamu ke majlis anda.

Namun begitu, tidak salah untuk mengekalkan cara tradisi ini. Anda juga boleh simpan sebagai tanda kenangan.

Tempahan catering

Sebelum membuat tempahan, pastikan anda sample tasting dahulu makanan pihak catering tersebut.

Setelah berpuas hati, bincang dan tempeh pakej yang bersesuaian dengan majlis anda. Ingat, majlis perkahwinan merupakan salah satu cara untuk bersedekah dan menjamu orang ramai makan.

Hantaran dan pengapit

Kedua-dua belah pihak perlu berbincang dan tentukan jumlah hantaran dan mas kahwin. Pastikan ia mendapat persetujuan semua. Senaraikan barang hantaran yang ingin diisi, agar tidak tersasar bajet.

Pilih siapa pengapit anda awal-awal agar tidak runsing nanti. Tentukan juga jenis baju yang akan dipakai oleh pengapit, serta pecahan tugas setiap pengapit anda.