Jana Pendapatan Sampingan Untuk Buat Duit Kahwin

Posted on March 31 2021

Anda ingin jana pendapatan sampingan untuk kumpul duit kahwin?

Nak bina masjid takkan nak mulakan dengan buat loan pula kan?


Kalau ada yang nak cuba buat side income dengan hasil titik peluh sendiri, artikel ini ada jawapannya. Ni baru effort guys!



Tips Kumpul Duit Kahwin Cepat!


Pada zaman yang serba maju dengan teknologi di mana semuanya di berada hujung jari, adalah sangat mudah untuk kita mencari pendapatan sampingan.  


Nak kahwin tapi duit dalam bank tak cukup lagi? Jangan risau, banyak cara yang korang boleh cuba untuk tambahkan duit simpanan korang dalam masa yang singkat.


Tak cukup masa sebab terikat dengan waktu pekerjaan tetap? Banyak pilihan untuk anda jana pendapatan sampingan tanpa perlu mengganggu waktu pekerjaan anda.


Mari kita lihat pekerjaan yang anda boleh lakukan di bawah!



Perniagaan Online



Semuanya di hujung jari!  Zaman sekarang ini membeli belah pun di atas talian. Tak perlu bersusah payah ke pusat membeli belah dah.


Anda boleh ambil peluang ini untuk memulakan perniagaan anda, sama ada dengan menjual produk sendiri ataupun dengan menjadi dropship dan ejen dengan menerima komisyen. 

Terdapat pelbagai produk tempatan seperti makanan, kosmetik dan juga pakaian yang anda boleh pilih untuk memulakan perniagaan anda.


Gunakan platform media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook untuk memasarkan barangan anda kerana ianya mempunyai audiens yang ramai.


Adalah lebih mudah jika anda mempunyai kemahiran pemasaran dia atas talian kerana ianya dapat membantu anda untuk menarik lebih ramai pelanggan.


Servis Daripada Hobi


Jika anda mempunyai bakat dan hobi seperti melukis dan menyanyi, anda sangat bertuah kerana anda dapat menjana pendapatan dengan melakukan benda yang anda suka.


Selain dari hobi melukis, terdapat beberapa hobi lain yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan seperti menulis, menari, fotografi dan lain-lain. 


Sama seperti perniagaan di atas talian, tetapi kali ini anda berniaga dengan berasaskan servis. Inilah masanya untuk anda menyerlahkan bakat anda!


Menjadi Blogger/Vlogger

Menjadi blogger atau vlogger adalah salah satu pekerjaan yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan yang pasif. Jika anda kreatif, anda mampu menarik ramai pembaca/penonton.


Anda hanya perlu membuat lebih banyak konten yang menarik seperti isu semasa ataupun tentang kehidupan atau pengalaman anda sendiri!


Untuk memulakan kerjaya sebagai blogger/vlogger anda hanya memerlukan komputer, internet, kamera serta konten yang menarik. Mudah bukan!


Menjadi Pembantu Secara Maya

Menjadi pembantu secara maya adalah salah satu cara untuk menjana pendapatan dengan berkesan. Ianya bagi membantu orang lain menyelesaikan kerja secara atas talian.


Pekerjaan sebagai pembantu maya mungkin tepat untuk anda mencari pekerjaan dari rumah dan mempunyai pengalaman seperti pentadbiran, perakaunan, perniagaan atau teknikal.


Pekerjaan pembantu maya ini selalunya bekerja dari rumah dengan membantu syarikat dengan tugas-tugas yang diberikan yang biasanya dilakukan oleh pentadbiran.


Pengurus Media Sosial


Menjadi pengurus media sosial adalah sangat berbaloi jika anda kreatif dan berani. Anda boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan melakukan pekerjaan ini. 


Masa dan usaha yang sangat banyak perlu diambil untuk perniagaan anda dikenali, tetapi, ianya adalah salah satu cara yang bagus untuk menjana pendapatan dari rumah.


Antara tugas pengurus media sosial adalah membuat posting di media sosial, melakukan pengumuman, menyediakan laporan, berjumpa dengan pelanggan dan sebagainya.



Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi menjana pendapatan sampingan. Anda boleh ikut tips jana pendapatan sampingan untuk mula mengumpul duit kahwin.