Pemakaian Samping Baju Melayu

Posted on June 23 2020

Samping dikatakan sebagai pelengkap bagi pemakaian baju Melayu, jadi baju budaya ini perlulah diiringi bersama dengan pelbagai jenis samping. 


Setiap cara pemakaian samping mempunyai makna yang tersirat pada si pemakai seperti boleh menunjukkan status si pemakai tersebut.


Mengikut tradisi, samping yang dipakai sehingga ke bawah paras lutut menandakan si jejaka tersebut sudah berstatus berkahwin dan mempunyai isteri.


Manakala samping yang dipakai di atas paras lutut pula menandakan si jejaka tersebut berstatus bujang dan tidak mempunyai pasangan hidup lagi.


Masih ada juga para jejaka yang sudah bergelar suami masih memakai samping di atas paras lutut. Ini untuk menandakan bahawa dia masih memasang niat untuk menambah isteri.


Tambahan info, kaum kerabat mengikat samping di sebelah kanan manakala golongan bangsawan di sebelah kiri dan orang kebanyakan di tengah.