SOP Majlis Akad Nikah Sepanjang Tempoh PKPP

Posted on November 26 2020

Bagi mereka yang ingin melaksanakan majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, terdapat garis panduan yang perlu diikuti.

Ini penting agar kita dapat membendung penularan wabak COVID-19 di kalangan tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

Berikut adalah Prosedur Operasi Piawai (SOP) untuk melaksanakan majlis pernikahan.


SOP Majlis Akad Nikah


Kawasan majlis nikah - Wilayah-wilayah Persekutuan sahaja (Putrajaya, Kuala Lumpur, Labuan)

Waktu Operasi - tidak melebihi 20 minit sahaja

Kapasiti kehadiran - tidak melebihi 30 orang termasuk 5 individu di dalam rukun nikah. Setiap hadirin dan hadirat perlu menjarakkan diri 1 meter di antara satu sama lain.


Protokol dan Aktiviti Sebelum dan Selepas Majlis Akad Nikah


1. Bakal Pengantin


  • Telah mendapat kebenaran berkahwin daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  • Membawa mas kahwin dan dokumen berkaitan.

2. Menandakan Laluan Masuk dan Keluar

Untuk tujuan menyambut tetamu, tuan rumah mestilah menetapkan dan menandakan secara jelas laluan laluan masuk dan keluar tetamu.

Tuan rumah meletakkan tanda berupa pita pelekat, kad atau jalur berwarna pada kawasan luar rumah serta pada jalan masuk ke rumah.

3. Menyediakan Alatan dan Tempat Untuk Pemeriksaan Suhu Badan

Tuan rumah perlu meletakkan meja di depan rumah. Sediakan barang-barang seperti:

    • buku rekod kehadiran majlis nikah untuk merekod bilangan kehadiran, waktu kehadiran dan suhu badan.
    • kod QR MySejahtera untuk memudahkan tetamu membuat imbas pengenalan diri.
    • alat pemeriksa suhu badan thermogun atau touchless (tanpa menyentuh pemegang suhu badan)
    • hand sanitizer untuk tetamu mencuci tangan.
    • Hanya membenarkan tetamu yang tidak bergejala, bukan kontak rapat kes positif dan bukan datang daripada kawasan Zon Merah atau luar kawasan PKPD.
    • Tuan rumah perlu meletakkan poster atau label untuk mengingatkan tetamu untuk mematuhi SOP semasa berada dalam majlis akad nikah.

5. Pemakaian Pelitup Muka 

Tuan rumah dan tetamu rumah perlu memakai pelitup muka pada setiap masa. Sekiranya tetamu tidak memakainya, tuan rumah boleh menghalang tetamu tersebut untuk hadir ke dalam majlis.


Pendaftaran Tetamu Untuk Majlis Nikah Semasa PKPP


  • Pendaftaran Manual

  • Berikut adalah SOP pendaftaran tetamu:

    Tuan rumah mesti merekodkan kehadiran tetamu dengan mewajiibkan tetamu mengisi nama, nombor telefon dan suhu badan mereka.

  • Pendaftaran Dengan Aplikasi MySejahtera

  • Tetamu digalakkan mengimbas pengenalan mereka menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MySejahtera kerana ianya mudah dan cepat.

    Berikut adalah cara mendaftar MySejahtera:

  • Ada boleh ke laman sesawang MySejahtera di sini, atau muat turun aplikasi Mysejahtera terus ke dalam telefon pintar. 
    • Klik di sini untuk aplikasi Android (Google Play)
    • Klik di sini untuk Apple iPhone (App Store)
    • Klik di sini untuk Huawei (AppGallery)
  • Klik pada Daftar Di sini
  • Anda boleh mendaftar dengan nombor telefon ataupun dengan email anda
  • Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
  • Atau klik pada pautan pengesahan melalui email
  • Selepas itu anda akan dibawa ke paparan untuk mendaftarkan maklumat anda dengan MySejahtera.
  • Di sini anda perlu memasukkan atau mengemaskini maklumat berikut: 
    • Nama Pengguna
    • Nama Penuh
    • Nombor Telefon
    • Nombor Kad Pengenalan atau Passport
    • Umur
    • Jantina
    • Bangsa
    • Alamat Semasa
  • Kemudian anda akan dibawa ke paparan seterusnya.
  • Tetapkan Kata Laluan
  • Tekan butang “Sahkan”
  • Pendaftaran anda ke dalam MySejahtera telah berjaya
  • Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah idpengguna@gmail.com. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
  • Tekan “Tutup”
  • Kini anda boleh anda boleh log in semula ke aplikasi MySejahtera.

  • Protokol Dalam Penganjuran Majlis Akad Nikah Semasa PKPP

  • Pembersihan dan Penyahkuman 

  • Oleh kerana aktiviti jamuan tidak dibenarkan, maka proses pembersihan dan penyahkuman tidak perlu dilakukan.

  • Hidangan Makanan

  • Tiada makanan dihidangkan kerana aktiviti jamuan tidak dibenarkan.

  • Sesi Fotografi

  • Sesi fotografi boleh diadakan tetapi perlu mematuhi penjarakan sosial pada satu-satu masa. Jurufoto hanya dibenarkan semasa majlis pernikahan sahaja.


    P.S Sedang mencari sampin nikah? Anda mungkin memerlukannya untuk majlis pernikahan anda nanti.

    Terdapat hampir 60 koleksi sampin nikah yang cantik-cantik di Songket Dunia.

    Pilih sahaja mana yang berkenan di hati anda :) Khusus untuk pelanggan Songket Dunia yang ingin tampil tampan dan bergaya semasa majlis akad nikah. 


    Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Samping Nikah



    Bagi mereka yang sedang mencari baju nikah simple, dapatkan Koleksi Baju Nikah Songket Dunia.

    Design Baju Nikah Songket Dunia 


    baju nikah

     

    ✅Material: Italian Duchess yang lembut dan selesa dipakai

    ✅Warna: White, Off White & Cream

    ✅Cutting: Slim Fit

    ✅Saiz: S, M, L, XL

    ✅ Tak Kedut

    ✅ Tak Gelebeh

    ✅ Cantik Terletak

    ✅ Ada Side Zip Pocket


    Dengan setiap pembelian baju nikah Songket Dunia, anda akan mendapat:


    💥FREE Premium BOX Pack

    💥FREE Set Butang Baju Eksklusif

    💥FREE Handkerchief

    💥FREE Delivery ke seluruh Malaysia


    Terdapat 3 warna yang ditawarkan; baju nikah putih (White, Off White dan Cream)


    Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Baju Nikah Simple Songket Dunia