Hantaran Kahwin: 25 Idea Hantaran Lelaki dan Perempuan Yang Diminati Ramai

Posted on October 19 2021

Hari perkahwinan semakin dekat tapi masih belum sediakan hantaran kahwin? Memang tidak dapat dinafikan, hantaran perkahwinan memang antara perkara yang terpenting untuk mereka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan. 

Kebiasaannya, majlis perkahwinan dilangsungkan dalam suasana yang meriah dan gembira dengan tujuan menyambut hubungan pasangan pengantin dan juga hubungan silaturahim antara dua keluarga.

Oleh itu, anda perlu meluangkan masa untuk membuat research supaya anda boleh menyediakan hantaran kahwin yang paling terbaik semasa perkahwinan anda nanti.

Ketahui 25 idea hantaran kahwin yang anda boleh pertimbangkan di dalam artikel ini.

Bukan itu sahaja, kami juga akan berkongsikan 5 tips menyediakan hantaran kahwin.

 Apa Itu Hantaran Kahwin?

 hantaran nikah kahwin

 

Hantaran kahwin ini merupakan hadiah dalam bentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pihak perempuan.

Kebiasaannya, jumlahnya agak tinggi tetapi ia bergantung kepada persetujuan di antara kedua pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Selain itu, hantaran kahwin dalam ada dalam bentuk dulang juga. 

Lebih dikenali sebagai barang hantaran, pihak pengantin lelaki dan juga pengantin perempuan akan bertukar hadiah dalam dulang kepada satu sama lain.

Yang paling penting, anda perlu tahu hantaran kahwin hanyalah adat dan tidak wajib.

  

Perbezaan Di Antara Hantaran dan Mas Kahwin?

 mas kahwin

 

Hantaran kahwin hanya merupakan adat dan ianya tidak wajib. Bagaimana pula dengan mas kahwin? Adakah ia adat sahaja?

Jawapannya, tidak. Hukum mas kahwin adalah wajib. Pengantin lelaki perlu melakukan pemberian kepada pengantin perempuan untuk berkahwin.

Ia juga turut dikenali sebagai mahar dan merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Mas kahwin merupakan hak isteri. Tiada siapa pun boleh mengambilnya termasuk ibu bapa atau suami tanpa kebenaran si isteri.

Anda mungkin tertanya-tanya, “berapa jumlah mas kahwin yang anda wajib diberikan?”

Untuk pengetahuan anda, mas kahwin telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya adalah mengikut negeri tersebut.

 

13 Senarai Hantaran Kahwin Perempuan

Bwerikut adalah senarai hantaran khusus untuk pihak pengantin lelaki yang sedang mencari idea hantaran kahwin perempuan:

1. Barang Kemas

 barang kemas

Pengantin perempuan mesti rasa gembira apabila dapat barang kemas yang berkilau-kilau dan cantik. Nilai barang kemas memang mahal lebih-lebih lagi yang eksklusif.

Oleh itu, anda sebagai pengantin lelaki perlu sediakan modal untuk membeli barang kemas untuk bakal isteri kesayangan anda.

 

2. Beg Tangan

bed tangan hantaran perempuan

Beg tangan atau handbag ini memang salah satu keperluan untuk wanita-wanita di luar sana.

Banyak fungsi beg tangan ini sebenarnya. Selain menyimpan barang-barang keperluan, ia juga digunakan untuk bergaya.

 

3. Minyak Wangi

 minyak wangi wanita

Sering dikatakan sebagai “hantaran kahwin yang wajib”, set minyak wangi sememangnya anda sertakan dalam hantaran perkahwinan anda.

Set wangi-wangian kebiasaannya memang sudah dibungkus dengan cantik jadi anda tidak perlu pening-pening untuk membuat gubahan berlebihan.

Bau set wangi-wangian yang harum dan botolnya yang cantik pasti menyerikan lagi hantaran anda.

 

4. Kasut

 

 

Kasut adalah salah satu hantaran perempuan yang wajib ada.

Ya, betul! Pastikan anda tahu saiz kaki pasangan anda ya, takut nanti tak muat pakai! Anda juga perlu tahu warna kasut dan juga jenama kasut kesukaannya.

Hantaran kasut ini tidak susah pun untuk digubah, hanya perlu letak atas dulang hantaran.


5. Mekap

 

“Bestnya dapat make up!!!” Ini perasaan pengantin perempuan jika make up dijadikan salah satu tepak hantarannya.

Memang tidak dapat dinafikan, perempuan akan berasa sangat gembira apabila dapat set makeup yang baru.

Sama seperti set minyak wangi, kebanyakan set mekap yang eksklusif didatangkan dengan kotak yang sudah dibalut. 

 

6. Set Mandian

 

Ini juga merupakan salah satu pilihan popular pengantin sejak kebelakangan ini. Set mandian ini kecil dan sesuai sangat untuk dijadikan hantaran.


7. Mas Kahwin

mas kahwin

 

Ada juga pengantin-pengantin yang pernah menjadikan mas kahwin sebagai hantaran.

Bagaimana?

Anda hanya perlu mendapatkan perkhidmatan seperti mengubah wang menjadi bunga atau jika anda mahu lebih mudah, anda boleh meletakkan mas kahwin di dalam bingkai gambar.


8. Alatan Memasak

 

Jika bakal isteri kesayangan anda suka masak, anda patut pertimbangkan idea ini. Anda boleh memberikan cookware yang terkini dan memudahkan proses memasak.

Confirm nanti, pasangan anda akan masak masakan yang sedap-sedap!

 

9. Kek

 

Kek memang sinonim dengan majlis keraian seperti sambutan hari lahir, menyambut kejayaan dan juga menyambut perkahwinan.

Antara pilihan popular kek kahwin adalah seperti red velvet, kek coklat, kek cheese dan kek lapis. 

 

10. Coklat

Selain kek, anda juga boleh memberikan coklat sebagai hantaran dan ia juga merupakan pilihan yang popular.

Pastikan coklat kelihatan cantik dan premium. Barulah sesuai dijadikan sebagai hantaran.

 

 11. Tiket penerbangan berbulan madu


berbulan madu

Ini bukan idea yang biasa-biasa. Jika anda mahu membuat kejutan, kami sarankan tiket honeymoon anda sebagai hantaran.

Pasti pasangan anda akan berasa teruja dan tidak sabar untuk pergi honeymoon.

Jika anda mahu meletakkan tiket honeymoon sebagai hantaran, anda perlu mula mencari tempat percutian sekarang.


12. Naskah Al-Quran

 

Al-Quran juga adalah satu idea hantaran kahwin yang menarik. 

Terdapat banyak kebaikannya. Anda dan bakal isteri anda boleh mengaji bersama selepas mendirikan rumah tangga. 

 

 13. Sejadah

 sejadah hantaran

 

Kini sudah menjadi trend menjadikan sejadah sebagai hantaran perkahwinan.

Terdapat pelbagai jenama sejadah yang menawarkan design yang menarik dan fungsi yang pelbagai terutamanya yang didatangkan di dalam beg khas untuk senang dibawa atau mengembara.

 

12 Senarai Hantaran Kahwin Lelaki

 

Berikut pula adalah beberapa idea menarik hantaran kahwin lelaki daripada pihak pengantin pula.

 

 1. Jam tangan lelaki

 jam tangan lelaki

 

Lazimnya, lelaki memang sukakan jam tangan.

Kami sarankan anda dapatkan jenama jam tangan premium (ikut bajet dan kemampuan anda).

Hal ini kerana, jam tangan premium kebiasaannya dijual dengan kotak yang tampak eksklusif. Jadi, senanglah untuk anda hias atas dulang hantaran. Tidak perlu dihias berlebih-lebihan.

 

 2. Kasut

 

 

Sebelum membeli kasut untuk bakal suami anda, anda perlu tahu saiz kakinya terlebih dahulu.

Kebiasaannya, terdapat dua jenis kasut yang dijadikan sebagai hantaran iaitu kasut kulit dan kasut sukan (sneakers).

Mungkin pasangan anda ada kasut yang dah lama dia idamkan, jadi inilah peluang anda untuk membuatkan si dia gembira!


3. Dompet

 

Wallet atau purse juga sesuai dijadikan hantaran untuk pengantin lelaki. Ada yang berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat. Terpulang pada citarasa pasangan anda.

Tahukah anda, kebanyakan lelaki, selagi dompetnya masih boleh digunakan selagi itulah mereka akan terus menggunakan dompet itu?

Walaupun dompetnya sudah koyak rabak atau warnanya luntur, mereka terus menggunakannya.

Jadi Inilah masanya untuk anda dapatkan dompet yang baru untuk bakal imam anda.



4. Kemeja

 

 

Pasangan anda berkemungkinan besar mempunyai koleksi baju kemeja di dalam almarinya.

Oleh itu, kami yakin pasti dia akan menyukai baju kemeja sebagai hantaran kahwin.

Jika pasangan anda bekerja di ofis, pasti pasangan anda akan memakai kemeja ini.

Mesti dia akan merasa lebih bersemangat untuk bekerja apabila memakai baju kemeja pemberian anda.

 

 5. Baju Melayu

 baju melayu

 

Terdapat dua jenis baju Melayu yang anda boleh dapatkan iaitu cekak musang dan teluk belanga.

Anda boleh pilih satu yang anda rasa akan membuatkan bakal suami anda kelihatan lebih segak dan tampan apabila memakainya.

Untuk melengkapkan set baju Melayu, kami cadangkan anda untuk meletakkan sampin pada dulang hantaran.



6. Buah-Buahan

 

 

Antara jenis buah yang biasanya dijadikan sebagai hantaran adalah seperti anggur, epal dan oren.

Buah tempatan seperti buah naga dan jambu batu juga kini menjadi pilihan pengantin-pengantin untuk dijadikan sebagai hantaran.

Anda boleh menghiasnya seperti hamper atau dalam bakul.

 

7. Minyak Wangi

minyak wangi lelaki

 

Inilah peluang anda untuk memilih minyak wangi untuk pasangan anda!

Cari set minyak wangi yang sudah sedia dibalut dan mempunyai penampilan yang nampak premium. Mesti cantik diletakkan pada dulang hantaran.

 

8. Tasbih

 

Anda juga boleh menjadikan tasbih sebagai hantaran untuk bakal iman anda.

Terdapat dua jenis tasbih yang anda boleh dapatkan.

Pertama, tasbih biasa yang mempunyai jumlah tertentu dan dalam bentuk butiran.

Kedua, yang lebih moden adalah tasbih digital.

 

 9. Sejadah

 

 

Sejadah bukan sahaja nampak cantik pada dulang hantaran, ia juga sangat berguna dijadikan sebagai hantaran.

Ia boleh digunakan untuk solat fardhu dan juga solat sunat dan si suami boleh menggunakannya di mana-mana sahaja.

 

 10. Gajet Elektronik

 

Sudah menjadi kelaziman zaman sekarang dengan ramai bakal pengantin menjadikan barang elektronik atau gajet sebagai hantaran.

Antara gajet yang anda mungkin pernah nampak dijadikan sebagai hantaran adalah seperti:

  • GoPro
  • Playstation 4
  • iPhone
  • Macbook

Jika pasangan anda kaki gajet, pasti dia akan gembira.

 

 11. Makanan Sunnah

 

Makanan sunnah memang banyak khasiatnya. Jadi, ia merupakan pilihan hantaran yang baik.

Antara makanan sunnah yang sesuai dijadikan hantaran:

  • Kurma
  • Buah tin
  • Madu lebah
  • Minyak zaitun

 

12. Cincin


Ya, anda juga boleh mempertimbangkan cincin sebagai hantaran untuk bakal suami anda.

Cincin perak yang berbatu sangat sesuai untuk seorang lelaki.

Jenis cincin berbatu yang anda boleh pilih:

 

  • Zamrud
  • Sapphire
  • Delima

Tip Pemilihan Hantaran Perkahwinan

 

  • Jangan Gabungkan Terlalu Banyak Warna
  •  

    Gabung satu hingga tiga warna sahaja untuk barang hantaran dan tema hantaran.

    Jika banyak sangat kombinasi warna, kami risau hantaran kahwin anda nampak serabut dan berkecamuk.

     

  • Jangan Pilih Saiz Terlalu Besar
  •  

    Kami sarankan anda mengelak dari membeli barang hantaran terlalu besar.

    Hal ini kerana sukar untuk gubah jikalau terlalu besar.

    Sebaliknya pilih yang bersaiz kecil sehingga sederhana. Contohnya beg tangan yang bersaiz sederhana lebih baik daripada yang bersaiz terlalu besar.

     

  • Elakkan Daripada Membuat Kejutan (Surprise)
  •  

    Mungkin anda memang suka membuat kejutan untuk pasangan anda semasa dating. Memang bagus anda suka buat begitu.

    Namun, untuk hantaran, lebih baik anda maklumkan atau beli bersama-sama barangan hantaran yang diingini.

    Ini akan dapat mengelakkan barangan hantaran pertunangan tidak digunakan selepas perkahwinan.

     

  • Tentukan Jumlah Dulang Hantaran
  •  

    Anda perlu memastikan anda sudah menentukan terlebih dahulu berapa banyak dulang untuk bagi lelaki dan berapa dulang untuk bagi perempuan. 

    Kebiasaannya, pihak perempuan akan menerima 7 dulang daripada pihak lelaki.

    Belah perempuan pula akan balas dengan 9 dulang. 

     

  • Jangan Berlebih-Lebihan
  •  

    Ukur baju di badan sendiri, belanja ikut kemampuan anda.

    Anda sendiri tahu kos untuk melangsungkan perkahwinan itu sendiri boleh menjadi sangat tinggi.

    Oleh itu, anda tidak perlulah membazir membelanjakan wang yang banyak untuk hantaran sahaja.

    Gunakan wang sebaik-baiknya untuk kehidupan selepas berkahwin nanti.

     

    Kesimpulannya, hantaran kahwin ini tidaklah sukar seperti yang anda sangka. Hanya dengan beberapa idea menarik dan unik, anda boleh mempelbagaikan hantaran mengikut citarasa dan kemampuan anda.

    Diharapkan artikel ini dapat memberi anda idea dan inspirasi untuk menyediakan hantaran kahwin yang paling terbaik untuk pasangan anda.

    Jika anda bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

    Selamat Pengantin Baru!

     

    Sekiranya anda masih atau sedang mencari baju perkahwinan, anda boleh dapatkannya di Songket Dunia.

    Anda boleh dapatkan:

    • Baju Melayu
    • Sampin Songket
    • Songket Wanita

    Jangan lepaskan peluang ini, semua pilihan di sini semuanya cantik-cantik, lawa-lawa dan yang paling penting berkualiti.

    Jom shopping di Songket Dunia hari ini.

    Dapatkan Songket Anda Di Sini!