Rukun Nikah Yang Wajib Diketahui Oleh Bakal Pengantin
Posted on July 08 2021
Perkahwinan adalah satu ibadah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada mereka yang memiliki kemampuan untuk melaksanakannya. Adalah penting untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil tahu tentang rukun nikah.
Perkahwinan bukan semata-mata untuk menyatukan dua jiwa, tetapi ia lebih kepada ibadah dan pelaksanaan tanggungjawab dari pihak suami dan isteri.
Perubahan demi perubahan di dalam adat Melayu tidak sesekali mengubah ketetapan di dalam agama Islam. Setiap pasangan yang hendak berkahwin perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya.
Berikut adalah beberapa perkara penting yang anda perlu ketahui sebelum bernikah.
Rukun Nikah
Pengantin lelaki (calon suami)
Pengantin perempuan (calon isteri)
Wali
Dua orang saksi lelaki
Ijab dan qabul (akad nikah)
Syarat-Syarat Sah Nikah
Syarat untuk bakal suami
- Beragama Islam
- Bukan mahram dengan bakal isteri
- Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
- Lelaki yang tertentu
- Berkahwin dengan kerelaan sendiri (perkahwinan tidak sah jika ia dipaksa)
- Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
- Mengetahui bahawa bakal isterinya boleh dan sah untuk dinikahi
- Tidak mempunyai empat isteri yang sah dalam satu masa
Syarat untuk bakal isteri
- Beragama Islam
- Bukan seorang khunsa
- Bukan mahram dengan bakal suami
- Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
- Perempuan yang tertentu
- Berkahwin dengan kerelaan sendiri (perkahwinan tidak sah jika ia dipaksa)
- Bukan dalam keadaan idah
- Status jelas bukan isteri orang atau masih bersuami
Syarat Wali
- Seorang yang adil
- Beragama Islam
- Baligh
- Lelaki
- Merdeka
- Tidak kafir, murtad atau fasik
- Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
- Seorang yang waras – yakni tidak cacat akal fikiran atau gila
- Ikhlas menjadi saksi dengan kerelaan sendiri dan bukan dipaksa
- Seorang yang bebas muflis atau tidak ditahan kuasa atas hartanya.
Seseorang wanita sentiasa memiliki seorang wali – dan dia memiliki hak sepenuhnya untuk menikahkan pengantin perempuan.
Tertib wali yang utama adalah bapa kepada pengantin perempuan.
Jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia, hak wali akan berpindah kepada datuk pengantin perempuan.
Jika datuk juga tidak ada maka ia berpindah kepada saudara lelaki yang seibu sebapa dengan pengantin perempuan.
Jika pengantin perempuan itu langsung tidak mempunyai wali, maka kuasa menikahkannya akan berpindah kepada wali hakim.
Adalah dinasihatkan supaya bakal isteri mengetahui syarat wajib menjadi wali. Jika syarat-syarat disebutkan di atas tidak dipenuhi, dikhuatiri status perkahwinan itu menjadi tidak sah.
Syarat Saksi Nikah
- Beragama Islam
- Lelaki
- Baligh
- Berakal
- Merdeka
- Sekurang-kurangnya dua orang
- Tahu dan faham kandungan lafaz ijab dan qabul
- Tidak buta, bisu atau pekak
- Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan disa-dosa kecil)
- Bukan tertentu yang menjadi wali
Syarat Ijab dan Qabul
- Syarat Ijab
Pernikahan dengan menggunakan perkataan nikah atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama secara tepat dan jelas.
Tiada tempoh tertentu untuk diikat (contoh nikah kontrak/mutaah)
Tidak secara taklik
Tidak dibenarkan menggunakan kiasan atau sindiran
Nikah dilafazkan oleh wali atau wakilnya
Contoh lafaz ijab :
“Aku nikahkah dikau dengan (nama penuh pengantin perempuan dengan nama bapa) dengan mas kahwin sebanyak RM (jumlah) tunai.”
- Syarat Qabul
Lafaz terima mestilah sesuai dengan lafaz ijab
Lafaz perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas.
Dilafazkan sendiri oleh pengantin lelaki atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak secara taklik
Menyebut nama penuh bakal isteri
Tidak diselang dengan perkatan lain
Demikianlah syarat dan rujuk nikah Islam. Begitu cantik, tersusun dan mudah prosesnya. Inilah sebenarnya urusan pernikahan yang mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Bolehkah Buat Majlis Nikah Semasa PKP?
Beberapa negeri seperti Selangor dan Johor sudah membenarkan rakyat negeri mereka untuk mengadakan majlis akad nikah selepas beberapa bulan dilarang akibat PKP dan 'lockdown'.
Namun begitu, pasangan yang ingin bernikah perlu mematuhi SOP dan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum bernikah.
P.S Bagi mereka yang sedang mencari baju nikah simple, dapatkan Koleksi Baju Nikah Songket Dunia.
Design Baju Nikah Songket Dunia
✅Material: Italian Duchess yang lembut dan selesa dipakai
✅Warna: White, Off White & Cream
✅Cutting: Slim Fit
✅Saiz: S, M, L, XL
✅ Tak Kedut
✅ Tak Gelebeh
✅ Cantik Terletak
✅ Ada Side Zip Pocket
Dengan setiap pembelian baju nikah Songket Dunia, anda akan mendapat:
💥FREE Premium BOX Pack
💥FREE Set Butang Baju Eksklusif
💥FREE Handkerchief
💥FREE Delivery ke seluruh Malaysia
Terdapat 3 warna yang ditawarkan; baju nikah putih (White, Off White dan Cream)
Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Baju Nikah Simple Songket Dunia