7 Contoh Kad Kahwin Yang Simple Tapi Cantik

Posted on August 29 2021

Majlis perkahwinan anda semakin hampir? Tiada lagi contoh kad kahwin untuk para tetamu yang hadir masih belum ditempah? Idea design kad kahwin seperti design 20 tahun lepas? 


Berikut merupakan 7 contoh kad kahwin yang boleh membantu anda untuk mendapatkan idea design yang terbaik buat hari bahagia anda nanti!


7 Contoh Kad Kahwin 


1.Kad kahwin Rustik

kad kahwin rustik

 

(Sumber Foto: https://www.facebook.com/ikahwinstore/)

Rustik design merupakan antara design kad kahwin yang sering kali diguna pakai oleh pasangan pengantin yang menginginkan tema klasik di dalam majlis perkahwinan mereka. 


Dengan menggunakan brown paper, ditambah pula dengan corak-corak pilihan daripada pasangan pengantin membuatkan kad kahwin seakan timbul dipermukaan. 


2. Kad kahwin kartun dan animasi

 

kad kahwin kartun

 

(Sumber foto:http://www.fizgraphic.com)

Jika anda menggemari animasi anime atau jika anda seorang yang menyukai design-design yang comel serta lucu, kad kahwin design kartun dan animasi merupakan pilihan yang terbaik buat anda. 

Ianya merupakan idea lain daripada yang lain serta kelihatan comel buat bakal pasangan pengantin. 

Yang pasti, kad kahwin anda akan lebih ceria serta boleh membuatkan para tetamu yang dijemput terhibur dengan kad kahwin anda. Bukan semua benda harus formal.

Kadang-kala ianya perlu diselitkan dengan senda gurau bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga pengantin dengan tetamu yang hadir.

 

3. Kad Kahwin Lace dan riben



(Sumber foto: https://www.instagram.com/erias.anggun_weddingcard/)

Penggunaan warna pastel menjadi pilihan anak gadis masa kini kerana ianya kelihatan lebih manis dan sedap mata memandang. 

Dipadankan pula dengan lace dan riben bag setiap kad kahwin, pasti ianya kelihatan exclusive oleh para tetamu yang menerima kad kahwin tersebut.

 

4. Kad Kahwin mengikut tema


 

(Sumber foto: https://www.instagram.com/dakwatdigital/)

Kad kahwin bertema merupakan antara salah satu idea yang sering kali diguna pakai dan antaranya adalah membuat kad kahwin seperti kad pengenalan diri. 


Ianya mengikut kreativiti pasangan pengantin kerana majlis perkahwinan tidak perlu terlalu formal.

 

5. Kad Kahwin Hipster

 

 

(Sumber foto: http://kfein.blogspot.my)

Contoh kad kahwin ini akan kelihatan lebih menarik dan kreatif jika anda memilih konsep hipster sebagai idea design bagi kad kahwin untuk tetamu yang hadir nanti. 


Baca:  SOP Majlis Pernikahan 


Tidak semua orang mampu menghasilkan design hipster yang menarik, namun apabila ianya dihasilkan dengan sempurna, sudah pasti akan diingati selamanya.

 

6. Kad kahwin English wallpaper

 

 

(Sumber foto: http://ceriterakadkahwin.com)

Kepada sesiapa yang meminati konsep ala-ala inggeris persis dalam filem Hollywood, design English wallpaper ini bakal menjadi pilihan anda. 


Walaupun design yang dihasilkan simple, namun dengan gabungan warna yang lembut serta corak minimalis, ianya pasti memikat hati kepada sesiapa yang melihatnya.

 

7. Kad Kahwin brown paper dengan doily paper

 

contoh kad kahwin

(Sumber foto: https://www.pinterest.com)

Design brown paper dengan doily paper merupakan design digemari ramai buat pasangan pengantin masa kini. Ini kerana ianya bukan sahaja cantik dan kreatif, tetapi ianya sangat murah. Sesuai kepada pasangan pengantin yang mempunyai bajet yang terhad untuk majlis perkahwinan mereka.


Jadi, antara 7 design di atas, yang manakah menjadi pilihan utama anda di hari hari bahagia nanti? 


Tidak kira apa design kad kahwin yang anda suka, pastikan ianya mengikut citarasa anda dan bajet anda.


P.S Bagi mereka yang sedang mencari baju nikah simple, dapatkan Koleksi Baju Nikah Songket Dunia.


Design Baju Nikah Songket Dunia

 

baju akad nikah lelaki

 

✅Material: Italian Duchess yang lembut dan selesa dipakai

✅Warna: White, Off White & Cream

✅Cutting: Slim Fit

✅Saiz: S, M, L, XL

✅ Tak Kedut

✅ Tak Gelebeh

✅ Cantik Terletak

✅ Ada Side Zip Pocket

Dengan setiap pembelian baju nikah Songket Dunia, anda akan mendapat:

💥FREE Premium BOX Pack

💥FREE Set Butang Baju Eksklusif

💥FREE Handkerchief

💥FREE Delivery ke seluruh Malaysia

Terdapat 3 warna yang ditawarkan; baju nikah putih (White, Off White dan Cream)


Klik Sini Untuk Lihat Semua Koleksi Baju Nikah Simple Songket Dunia